Monday, October 17, 2022

TEMPAT TERHAD DAN SINGAN SENGIT

 

PUTRAJAYA : Tempat terhad dan persaingan sengit untuk melanjutkan pelajaran ke universiti awam (UA) menjadi antara punca kegagalan calon menerima sebarang tawaran menerusi sistem Unit Pusat Universiti (UPU) bagi tahun ini, kata Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof Datuk HUsaini Omar.

Jumlah permohonan keseluruhan adalah seramai 115,477 calon untuk memasuki UA dan berdasarkan permohonan tersebut, 90,745 calon yang layak serta melepasi syarat am memasuki UA. Manakala unjuran rasmi melibatkan hanya 71,615 penempatan (calon mendapat penempatan di 20 UA). Daripada jumlah ini, 48,665 adalah untuk calon kategori STPM / Matrikulasi / Asasi manakala 2,974 bagi calon STAM dan 19,976 untuk calon Diploma/setaraf katanya. Beliau berkata demikian pada Sesi Sidang Media Khas Mengenai Sistem UPUOnline disini pada Khamis. Turut hadir, Pengarah Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA, Wahi Nordin.

Dalam pada itu, HUsaini menambah, sesetengah calon juga tidak memenuhi syarat khas yang ditetapkan oleh universiti atau kursus yang dipohon selain gagal sesi temuduga, mendapat merit yang rendah termasuk tidak mengisi 12 pilihan sepenuhnya yang disediakan dalam sistem UPU. Bilangan tempat di UA terhad dan persaingan utuk mendapatkan tempat adalah terlalu tinggi.

Ini perkara baik menunjukkan bakat yang memohon untuk memasuki UA adalah terbaik sekali gus graduan yang dihasilkan juga terbaik ujarnya. Sementara itu jelas beliau program pengajian kompetetif diterima tahun ini juga menyaksikan peningkatan dan peluang ditawarkan untuk pengajian berkenaan menjadi tipis. Katanya program pengajian kompetetif itu melibatkan Perubatan, Pergigian, Farmasi, Perakaunan, Undang-undang, Kejuruteraan Mekanikal, Elektrikal, Elektronik, Kimia dan Awam.

Astro Awani



No comments:

Post a Comment

MASIH ADA MAHU TERUSKAN PENGAJIAN SELEPAS GAGAL SPM

  P ETALING JAYA - Gagal memperoleh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 tidak mematahkan semangat sebilangan anak muda apabila ada antara me...