KUALA LUMPUR : Unit Pusat Universiti (UPU) diminta bersikap lebih terbuka dengan menyatakan alasan menolak permohonan pelajar memasuki Universiti Awam (UA) supaya isu itu menjadi lebih telus. Ketua Wanita muda Nasional (PBM), Muniraa Abu Bakar berkata ia berikutan terlalu banyak kes pelajar yang tidak berkemampuan dari segi kewangan tetapi cemerlang dalam pelajaran yang memohon ke UA tempatan ditolak.
Katanya, ia menimbulkan persoalan apa kreteria yang diguna pakai oleh pihak universiti dan UPU untuk menolak permohonan pelajar terbabit kerana penolakan itu tidak diberi alasan. Ini kerana ada beberapa kes di mana pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan untuk kemasukan ke UA tidak diterima masuk oleh pusat pengajian, sekaligus menimbulkan persoalan apa kreteria sebenarnya yang diguna pakai oleh pihak universiti dan UPU.
Beliau merujuk satu insiden yang mana seorang graduan Diploma Kejuruteraan Mekanikal dari Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang berjaya memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.95, gagal mendapat tempat untuk melanjutkan pengajian di peringkat ijazah di sebuah universiti ternama negara.
Apayang pelik, sama juga dengan beberapa kes lain, dalam permohonan dibuatnnya melalui University dan Colleges Admissions Service (UCAS), beliau berjaya diterima masuk oleh dua universiti di United Kingdom iaitu University of Sheffield dan University of Nottingham, katanya dalam satu kenyataan. Justeru katanya timbul persoalan bagaimana permohonan pelajar cemerlang ditolak oleh UA negara sendiri tetapi diterima pula oleh universiti luar negara.
Mungkin masalah ini juga diantara sebab mengapa ramai warganegara kita lebih memilih bermastautin dan mencari rezeki di bumi asing katanya. Beliau berkata mengikut laporan sebelum ini, dalam tempaoh beberapa tahun lalu, lebih dua juta rakyat Malaysia kini tinggal dan bekerja di luar negara kebanyakannya dalam bidang profesional. Katanya akibat permohonan ke UA tempatan ditolak, pelajar yang tidak mampu dari segi kewangan akan terus melangkah ke alam pekerjaan kerana tidak ada pilihan.
Perkembangan ini sememangnya sesuatu yang membimbangkan dan memerlukan penyelesaian dengan segera. Kita tidak boleh kehilangan bakat cemerlang kepada negara asing hanya kerana sistem pengambilan kemasukan ke UA di negara kita lemah katanya
Fadhilah Mazlan, 29 September 2022, Berita Harian
No comments:
Post a Comment