Wednesday, March 16, 2022

PERKONGSIAN BERSAMA

 

Sekolah di mana-mana pun tidak mengapa asalkan cukup segala pelajaran dan sahsiahnya yang dibawanya elok. Memang banyak sekolah yang bagus namun jangan menekan anak sehingga mereka stress. Ramai orang yang hebat datang dari sekolah biasa sahaja.

Teringat kisah dahulu selepas peperiksaan SRP kalau sekarang dipanggil PMR, ada terasa keinginan aku untuk masuk ke sekolah yang hebat seperti Sekolah Teknik, Sekolah Sains dan MRSM. Mungkin nasib tidak menyebelahi aku kerana aku juga tahu bahawa Allah itu adalah sebaik-baik perancang. Maka kekallah aku di sekolah yang sama. Masa itu, aku cuba menanam dalam fikiran ketika itu, sekolah mana pun sama sahaja, yang membezakan kita hanya rajin dan malas sahaja.

Apabila keluarnya keputusan SPM, akhirnya dapat juga aku masuk ke Universiti Teknologi Malaysia walaupun keputusan aku itu tidak sebagus mana dan belajar bersama pelajar dari sekolah-sekolah hebat di seluruh Malaysia yang akhirnya juga aku mampu bersaing dengan mereka.

Belajar tidak mudah seperti apa yang kita impikan tetapi tidak semudah untuk melupakan impian kita. Teruskan berusaha sehingga kita dapat mencapai matlamat hidup kita. Semua orang mampu berjaya walaupun lemah dari segi akademik, rezeki Allah itu amat luas. TVET adalah salah satu peluang yang baik untuk pelajar yang ingin mengasah kemahiran yang ada. Tanpa kelulusan akademik yang baik, masih ada institusi yang akan menerima anda dengan tangan terbuka. Ingat jangan berputus asa.

Sekolah yang meninggalkan seribu kenangan dalam hidup. Terima kasih kepada guru-guru yang pernah mengajar ku. STS 5 Sc 1 (1988)


No comments:

Post a Comment

MASIH ADA MAHU TERUSKAN PENGAJIAN SELEPAS GAGAL SPM

  P ETALING JAYA - Gagal memperoleh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 tidak mematahkan semangat sebilangan anak muda apabila ada antara me...