Wednesday, February 22, 2023

403,637 CALON MENDUDUKI SPM 2022

 

Kuala Lumpur : Seramai 403,637 calon akan menduduki peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 yang bermula esok hingga 15 Mac, membabitkan 3,355 pusat peperiksaan di seluruh negara. Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan seramai 131,318 petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan berkenaan.

"Semua calon diingatkan agar sentiasa merujuk jadual peperiksaan bagi mendapatkan maklumat mengenai tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan serta arahan yang perlu dipatuhi sepanjang peperiksaan berlangsung.

Calon turut diingatkan supaya membawa dokumen pengenalan diri dan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan ke pusat peperiksaan," menurut kenyataan itu. KPM turut mengingatkan calon untuk mematuhi prosedur operasi standard dan peraturan yang telah ditetapkan bagi memastikan kelancaranpengurusan pengendalian SPM tahun 2022

Sumber : BERNAMA



Tuesday, February 21, 2023

SELAMAT MENDUDUKI SPM

 

Selamat menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kepada 403,637 calon yang menduduki peperiksaan bertulis SPM 2022 yang bermula pada hari ini sehingga 15 Mac 2023 diseluruh negara. Semoga semua beroleh kejayaan yang cemerlang.

MASIH ADA MAHU TERUSKAN PENGAJIAN SELEPAS GAGAL SPM

  P ETALING JAYA - Gagal memperoleh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 tidak mematahkan semangat sebilangan anak muda apabila ada antara me...