Thursday, June 16, 2022

10,681 CALON SPM TIDAK HADIR

 

Hanya seramai 10,681 calon tidak hadir untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM 2021, demikian menurut Lembaga Peperiksaan (LP) LP dalam kenyataan hari ini menjelaskan seramai 9,037 orang (2.3 peratus) yang tidak hadir terdiri daripada calon sekolah Kementerian Pendidikan, sekolah agensi kerajaan, sekolah menengah agama negeri, sekolah swasta dan calon sekolah menengah agama rakyat.

Selain itu, LP memaklumkan 1,644 atau 0.42 peratus adalah calon persendirian. LP berharap penjelasan ini dapat memberi gambaran sebenar berkenaan jumlah calon yang tidak menduduki peperiksaan SPM 2021 menurut kenyataan itu. Terdahulu dalam sidang media, keputusan SPM 2021 hari ini, Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Nor Zamani Abdol Hamid berkata terdapat 29,941 calon tidak menduduki peperiksaan itu daripada 407,097 calon yang berdaftar.

Bagi tujuan analisis keputusan SPM 2021, hanya 392,837 daripada 407,907 calon berdaftar diambilkira untuk tujuan analisis keputusan peperiksaan itu. LP menjelaskan 392,837 calon itu adalah mereka yang mendaftar kali pertama dan mendaftar sekurang-kurangnya enam mata pelajaran.

KENYATAAN MEDIA - SPM 2021

 

PUTRAJAYA - Seramai 9,696 atau 2.54 peratus daripada 407,097 calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 memperolehi keputusan semua A. Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Nor Zamani Abdol Hamid ketika mengumumkan keputusan bagi peperiksaan diambil pada Februari hingga Mac lalu itu berkata seramai 71,842 calon atau 18.80 peratus pula memperolehi keputusan sekurang-kurangnya kepujian.

Bagi calon mendapat keputusan lulus, katanya, ia membabitkan seramai 129,796 atau 33.96 peratus, manakala 125,454 calon pula sekurang-kurangnya gagal satu mata pelajaran. "Daripada jumlah calon yang menduduki peperiksaan itu juga, seramai 43,703 bersamaan 11.44 peratus memperolehi keputusan kombinasi gred dan 0.43 peratus atau 1,655 calon memperolehi keputusan semua gagal,: katanya pada sidang media mengumumkan keputusan SPM 2021 di sini hari ini.


Sementara itu, beliau berkata, Prestasi Gred Purata Nasional (GPN) SPM 2021 menunjukkan penurunan iaitu 4.86 berbanding bagi SPM 2020. Nor Zamani menjelaskan, nilai GPN lebih rendah menunjukkan pencapaian calon yang lebih baik, namun kementerian tidak membuat perbandingan kerana setiap calon mempunyai kekuatan masing-masing. Selain itu, calon SPM 2021 juga adalah kohort pertama yang menggunakan KSSM (Kurikulum Standard Sekolah Menengah) iaitu satu format baharu dalam mata pelajaran.

Pelaksanaan KSSM ini bertujuan menyediakan calon dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai bagi memenuhi keperluan negara pada masa hadapan sejajar dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)2013-2025. KSSM juga memberi penekanan kepada penguasaan kemahiran abad ke -21 seperti komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis dan kreatif," katanya.


KEPUTUSAN SPM 2021

 

Tahniah kepada semua calon Sijil Pelajaran Malaysia 2021 yang memperolehi keputusan pada hari ini 16.06.2022. Tahniah juga kami ucapkan kepada pengetua, guru-guru dan para waris yang telah banyak berkorban demi kejayaan anak-anak.

MASIH ADA MAHU TERUSKAN PENGAJIAN SELEPAS GAGAL SPM

  P ETALING JAYA - Gagal memperoleh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 tidak mematahkan semangat sebilangan anak muda apabila ada antara me...