Tuesday, July 4, 2023

MASIH ADA MAHU TERUSKAN PENGAJIAN SELEPAS GAGAL SPM

 

PETALING JAYA - Gagal memperoleh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 tidak mematahkan semangat sebilangan anak muda apabila ada antara mereka memasang impian mahu melanjutkan pengajian pada masa hadapan. Rata-rata mereka menyatakan akan menduduki semula peperiksaan berkenaan dan ada antaranya memilih untuk terjun ke bidang kemahiran dengan mengikut Program Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Bagi mempersiapkan diri, ada antaranya yang belajar sambil bekerja bagi mengumpul wang sebagai modal untuk meneruskan pengajian di universiti atau sebaliknya. Seorang remaja dikenali sebagai Azri, 18 berkata, dia kecewa selepas gagal subjek Sejarah, sedangkan ketika peperiksaan percubaan berjaya memperoleh keputusan C. Katanya, sungguhpun begitu, kegagalan itu tidak melemahkan semangatnya untuk mengambil peperiksaan ulangan dan mahu membuktikan kepada kedua-dua ibubapanya dia boleh berjaya.

"Saya kini bekerja sambilan bagi menampung kos untuk mengambil peperiksaan ulangan nanti," katanya. Bagi pelajar aliran Sastera ini, dia bercita-cita mahu menjadi seorang pereka grafik animasi dan berjanji untuk berusaha lebih gigih bagi menduduki peperiksaan ulangan akan datang. "Maaf ibu, papa. Saya gagal kali ini tapi saya janji akan buktikan sesuatu yang membanggakan nanti," luahnya.

Seorang lagi calon SPM yang mahu dikenali sebagai Lia, 18, meluahkan rasa terkilan dengan keputusan SPM baru-baru ini apabila turut menerima gred G bagi subjek Sejarah. Lia mengakui masalah kesihatan yang dilaluinya sepanjang minggu peperiksaan menjejaskan fokus sewaktu menjawab kertas SPM. Berkongsi tentang perancangannya selepas ini, Lia berkata dia mahu mengambil sebanyak lima subjek ulangan termasuk Sejarah bagi memperbaiki gred SPM.

"Saya akan ulang subjek Sejarah, Matematik, Fizik, Bahasa Inggeris dan Kimia sebab sebelum ini saya hanya raih gred C, D dan G. Saya akan pastikan peperiksaan ulangan ini akan hasilkan gred B sekuruang-kurangnya. "Saya mahu ubah nasib saya, saya ingin dapatkan kerjaya impian saya dan saya harap peluang untuk menjadi ahli farmasi masih tidak tertutup untuk saya," ujarnya.

Di Kuala Terengganu, seorang remaja yang juga gagal memperoleh sijil dikenali sebagai Hanafi, 18, berkata, dia bercadang untuk menyertai kursus kemahiran sebagai landasan untuk membina kejayaan pada masa hadapan. Buat masa ini ujarnya, dia giat bekerja mengumpul wang sebagai persediaan untuk menyertai kursus kemahiran berkenaan dalam bidang penyelenggaraan penghawa dingin. "Ini kerana, saya dimaklumkan permintaan dalam bidang kerjaya tersebut adalah tinggi dalam pasaran," ujarnya.

(Kosmo, 3 Julai 2023)


TIPS MEMILIH PROGRAM

 

Semoga tips ini menjadi panduan yang berguna kepada calon-calon yang ingin memohon masuk ke IPTA.

Saturday, May 27, 2023

BANTU GENERASI YANG HILANG SAMBUNG BELAJAR

 

Terdapat kajian di peringkat antarabangsa yang membangkitkan isu kewujudan generasi yang hilang bakal mewarisi masa depan kita. Statistik Jabatan Perangkaan pada 31 Julai lalu menunjukkan 70 peratus atau 390,000 pelajar lepasan SPM dan STPM tidak berminat untuk menyambung pengajian mereka. Kaji selidik ini dibuat ketika negara terjejas teruk dari segi ekonomi semasa pandemik COVID-19.

Kekangan kewangan, kerisauan terhadap ketiadaan peluang pekerjaan selepas pengajian, mentaliti pendidikan tidak menjamin masa depan dan gaji tidak setimpat dengan masa dan kelayakan adalah punca utama generasi muda tidak mahu menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Melihat kepada trend membimbangkan ini, sudah tiba masanya kerajaan melalui agensi dan kementerian terbabit lebih agresif membantu generasi hilang ini agar lebih yakin untuk menyambung pengajian.

Antaranya memperbanyakkan program bersifat praktikal dan mempunyai nilai tambah kepada peluang bersifat praktikal dan mempunyai nilai tambah kepada peluang pekerjaan sedia ada. Ia juga haruslah bersifat fleksibel melibatkan belia yang mahu bekerja sambil belajar dapat menguruskan masa dengan lebih efisien tanpa mengganggu tugasan di tempat kerja.

Kerajaan juga boleh menjalankan kerjasama dengan syarikat-syarikat tempatan untuk menawarkan kursus jangka pendek dan kemahiran percuma secara dalam talian sebagai alternatif kepada pengajian secara fizikal. Syarikat-syarikat yang bersetuju untuk menyertai program bersifat kebajikan harus dibeli pelepasan cukai atau insentif bersesuaian.

Kerajaan juga perlu melancarkan kempen kesedaran akan kepentingan menimba ilmu hingga ke menara gading dengan melibatkan golongan profesional sebagai ikon belia. Ikon belia ini diharap dapat mengubah persepsi dan mentaliti generasi muda yang menganggap pendidikan tidak lagi menjamin masa depan.

Proses permohonan bantuan pendidikan kepada golongan B40 perlu dipermudahkan untuk mengurangkan karenah birokrasi. Mentaliti yang tidak mementingkan pendidikan harus dibendung lebih awal agar negara tidak kehilangan aset dan tenaga kerja berkemahiran pada masa akan datang. Ia sekali gus menyebabkan produktiviti, inovasi dan daya saing tenaga mahir bakal menjunam dan memberi risiko kepada kualiti hidup masyarakat.

Sebagai masyarakat, kita juga harus tidak cepat dan sewenang-wenangnya menghukum generasi muda ini kerana mereka juga bergelut dengan desakan kehidupan yang meruncing.

UTUSAN 7 Oktober 2022

HAMPIR 50 PERATUS PELAJAR LEPASAN SPM TIDAK SAMBUNG PENGAJIAN


Kuala Lumpur - Seramai 180, 680 atau 48.7 peratus pelajar lepasan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) tidak menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi pada tahun 2021. Menteri pendidikan, Fadhila Sidek berkata, angka tersebut menunjukkan trend peningkatan berbanding seramai 115,939 pelajar atau 35.16 peratus yang direkodkan pada tahun sebelumnya.

Menurutnya, statistik tersebut diperolehi menerusi sistem eProfil Kerjaya Murid (ePKM) yang dibangunkan KPM bagi mengesan pelajar lepasan SPM untuk mengumpul status mereka selepas tamat Tingkatan 5.

"Berdasarkan sistem ePKM, statistik menunjukkan pada tahun 2020, sebanyak 35.16 peratus (115,939) dilaporkan tidak melanjutkan pelajaran keperingkat yang lebih tinggi."

"Pada tahun 2021 pula, data statistik sistem ePKM menunjukkan sebanyak 48.74 peratus (180, 680) murid lepasan SPM tidak melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi," katanya dalam jawapan lisan yang disiarkan di laman sesawang Parlimen.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Tanjung Piai, Datuk Seri Wee Jeck Seng mengenai statistik pelajar lepasan SPM yang tidak mahu menyambung pengajian dari 2020 hingga 2022 dan usaha KPM bagi menangani isu tersebut.

Bagi membendung peningkatan trend itu, Fadhila berkata KPM melaksanakan program pembangunan diri murid dan pendidikan kerjaya di sekolah bagi meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan belajar, mengembangkan potensi, kecenderungan, sikap, minat dan hala tuju kerjaya.

Katanya, program itu penting agar murid dilengkapi dengan pengetahuan, kemahiran, pengalaman serta jati diri yang tinggi. "KPM sentiasa komited meningkatkan motivasi murid melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi demi pembangunan dan pertumbuhan mampan negara."

"Pelbagai langkah dan insiatif turut dilakukan bagi menggalakkan murid meneruskan pengajian di peringkat lebih tinggi. Ini termasuk penganjuran Program SUKSES Karnival Murid dengan kerjasama universiti awam dan swasta serta agensi lain yang menawarkan biasiswa dan pinjaman pengajian," katanya.

"Sebagai contoh, KPM melaksanakan mobilisasi sumber dengan kementerian lain seperti Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan. Ia termasuk Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Petroleum Nasional Berhad (PETRONAS), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Financial Industry Collective Outreach (FINCO) dan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)," katanya.

Pada Ogos tahun lalu, KPM mengakui kadar gaji yang rendah dan tidak banyak berubah setelah sekian lama menjadi antara cabaran dalam memastikan pelajar terus menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi. Menteri Kanan Pendidikan ketika itu, Datuk Dr Radzi JIdin berkata, kadar gaji yang ditawarkan tidak banyak berubah sejak dahulu lagi dan pada masa yang sama kos sara hidup terus meningkat.

Malah pada 31 Julai lalu, media melaporkan satu kaji selidik oelh Jabatan Perangkaan mendapati kira-kira 390,000 atau 72.1 peratus lepasan SPM tidak mahu menyambung pelajaran. Walaupun data tersebut adalah dari 2019, tetapi trend tersebut dipercayai berterusan pada 2020 dan 2021.

Mengikut data kajian pada 2019, membabitkan 560,000 calon SPM yang mengambil peperiksaan namun selepas keputusan diumumkan, hanya kira-kira 170,000 memilik menyambung pengajian manakala bakinya 390,000 memasuki pasaran kerja.

Tiga faktor utama mereka berusia 17 hingga 18 tahun tidak menyambung pelajaran ialah banyak peluang pekerjaan menerusi platform gig, terpengaruh mengjadi insta famous di media sosial dan beranggapan belajar tinggi bukan jaminan mendapat pekerjaan yang lebih baik.

GETARAN, 24 Mei 2023


Monday, May 1, 2023

TARIKH KEPUTUSAN SPM 2022

 

Kalaulah keputusan SPM diumumkan antara tarikh 10-15 Mei 2023, ramai mungkin tidak sedar bahawa 11 hari selepas 15 Mei 2023 iaitu dari 26 Mei- 4 Jun 2023 adalah cuti persekolahan. Sekolah akan dibuka semula pada 6 Jun 2023 walaupun sepatutnya pada 5 Jun 2023 kerana 5 Jun 2023 adalah cuti umum hari Keputeraan Rasmi KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong.

Daripada tarikh sekolah dibuka semula pada Selasa 6 Jun 2023 itu akan hanya tinggal 3 HARI SAHAJA LAGI sebelum permohonan UPU di tutup pada 9 Jun 2023.




MASIH ADA MAHU TERUSKAN PENGAJIAN SELEPAS GAGAL SPM

  P ETALING JAYA - Gagal memperoleh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 tidak mematahkan semangat sebilangan anak muda apabila ada antara me...